CARIAN

Sunday, July 25, 2010

get ready - Inteview SPP DG41

minggu ni adalah minggu persediaan utk temuduga SPP mgu dpn..huhu..byk gk nk kena tau nih..kwn2, agak2 soalan popular skang ni ape ek??ttg dsar2 pendidikan negara, ttg bidang pemulihan khas, LINUS, MBMMBI, lagi..salah satunya..

Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:


1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa kpi :

1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

:::to be cont...

Sunday, July 18, 2010

Janji Israel ke atas Palestin-Mingguan Malaysia 18 Julai 2010



ISRAEL dinisbahkan sebagai bangsa Yahudi yang disebutkan dalam al-Quran, terkenal dalam sejarah sebagai bangsa yang kejam, ganas dan biadab. Mereka banyak membunuh utusan Allah termasuk para anbia-Nya.

Mereka juga telah disumpah Allah sebagai kera yang hina dina dalam kisah tersohor pelanggaran hari Sabat (Sabtu).

Sejak peristiwa tersebut, sehingga menjelang tahun 1948, dengan disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia, mereka mulai merampas dan mengganyang bumi Palestin dari pendudukan bangsa Arab sehinggalah sekarang.

Hal ini telah dirakamkan al-Quran yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasarani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka. (al-Baqarah: 120).

Tuesday, July 13, 2010

MILO-nourishing champions!!



salam,
hari nih ada sampling milo dtg kat skolah..punya la sronok tgk bdk2 beratur pegang cawan milo tuh.teringat lak zaman2 skolah aku dulu.mmg sronok..berebut2 nk dptkan secawan milo tuh.cgu2 pon x kurang gk yg excited..siap ngan jag lg.bese la,bkn slalu pon.
begitu lah cara MILO mempromosikan produknya.kalau bdk2 tak knl milo tuh mmg pelik sgt la skang.iklan belambak dlm tv.moto utk melahirkan SANG JUARA.marketing strategi yg baik.
apa2pun tq kpd MILO utk minuman hari ini..
MILO-NOURISHING CHAMPIONS!!

Teknik Pengajaran Pemulihan


Kemahiran Bacaan Asas

Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan.

1. Kaedah Fonik

kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali dengan bunyi bahasa. Contohnya, huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu yang sedap.
selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang sempurna.

2. Kaedah Suku Kata

kaedah ini bermula dengan mengeja suku kata perkataan bermakna. Contohnya, ‘ka’ + ‘yu’ = kayu
Proses mengeja dan membatang perkataan ini perlu dimulakan dengan mudah iaitu bermula dengan dua suku kata (KVKV), kemudian dikembangkan menjadi tiga suku kata (KVKVK) dan seterusnya menjadi empat suku kata (KVKVKVKV), penggunaan diftong (VV) dan konsonan berganding (KK).
3. Kaedah Cantuman

kaedah ini adalah berdasarkan suku kata bagi perkataan bermakna. Perkataan itu akan dicantumkan menjadi ayat yang lengkap.
contohnya :
cin+cin = cincin
i+bu = ibu
be+li = beli
Ayat lengkap = ibu beli cincin

Sebaik-baiknya, pengajaran dijalankan secara individu atau pun kumpulan kecil. Guru boleh memperkenalkan huruf vokal dan konsonan tetapi tidaklah mengikut urutan kerana itu akan membosankan murid.

Contohnya, guru menunjuk jari ke arah meja, kemudian mempamerkan kad perkataan ‘meja’. Selepas itu, guru boleh pula menayangkan pula kad huruf ‘m’, ‘e’, ‘j’ dan ‘a’.

Seterusnya letakkan buku di atas meja. Guru sebut ‘buku di atas meja’. Guru pamerkan kad perkataan ‘buku’ dan minta murid menyebut seta mengeja.

Kemudian, adakan permainan untuk murid-murid berdasarkan kad perkataan itu tadi.

sumber- teacher's dept.

Monday, July 12, 2010

Salam buat semua Guru Pemulihan Khas



salam buat semua rakan guru pemulihan khas. Insyallah dgn terbinanya laman sinar ini saya akan mencuba untuk memenuhkannya dgn input Pemulihan Khas. Diharap kpd rakan2 yg berpeluang singgah di laman ini agar dpt menyumbangkan apa2 shj input berkaitan utk tatapan dan panduan kita semua. Insyaallah,semoga usaha ini akan mendapat berkatNYA dan sama2lah kita saling membantu untuk kejayaan anak bangsa kita.tq.

Sunday, July 11, 2010

Antara Kehebatan Piala Dunia2010 dan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia.

Rata-rata seluruh dunia tertumpu pada pertembungan akhir Piala Dunia pagi nanti. Yang Pasti pasukan yang berjaya menguasai permainan akan menakluki piala yg paling berprestij ini. 4 tahun sekali..semua kaki bola tak lepas peluang.Apa2 pun segalanya akan terjawab lbh kurang 5 jam dr skarang..tapi aku ttp pilih....yang menang laa..:)demam bola ini turut menarik tumpuan para pemimpin negara dan mereka ada pilihan pasukan tersendiri.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menamakan pasukan pilihannya kerana bagi beliau Sepanyol dan Belanda sama hebat.
''Dua-dua pasukan sama hebat malah dari segi kemampuan kedua-duanya boleh dikatakan hampir sama.
''Saya tidak kisah pasukan mana yang menang asalkan saya seronok melihat pasukan terbaik menang," katanya yang pernah meminati pasukan Brazil dan England ketika belajar dulu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih Sepanyol untuk muncul juara berdasarkan kemampuannya menewaskan Jerman 1-0 pada saingan separuh akhir.
"Saya pilih Sepanyol kerana pasukan itu berjaya menewaskan pasukan pilihan saya iaitu Jerman," katanya.
Antara yang memilih Sepanyol ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memilih Belanda untuk menjadi juara."
-mingguan Malaysia-11jul

Tapi tak kurang jg yg lebih memberi tumpuan pd pertarungan antara Datuk Lee Chong wei dan Wong Choon Han pada perlawanan akhir badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia ptg tadi.Mmg sengit. Ia menyaksikan datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraannya.
Semoga corak semangat sukan tanahair akan terus berwarna-warni dan bersinar sehingga ke ringkat antarabangsa.:)

Kelas Bimbingan Membina Laman Blog Sekolah

Ahad- 11 Julai 2010
Kelas bimbingan membina Laman Blog sekolah di PKG peroh bagi sekolah-sekolah ahli PKG Peroh. Bimbingan ini telah diseliakan oleh Cg.Soffi dan Cg.Sabri. Pelajaran hari ini byk memberi input baru dan pengajaran brguna kpd blogger baru seperti saya.
buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tlg jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tlg la ajar2 kan.