CARIAN

Sunday, July 11, 2010

Antara Kehebatan Piala Dunia2010 dan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia.

Rata-rata seluruh dunia tertumpu pada pertembungan akhir Piala Dunia pagi nanti. Yang Pasti pasukan yang berjaya menguasai permainan akan menakluki piala yg paling berprestij ini. 4 tahun sekali..semua kaki bola tak lepas peluang.Apa2 pun segalanya akan terjawab lbh kurang 5 jam dr skarang..tapi aku ttp pilih....yang menang laa..:)demam bola ini turut menarik tumpuan para pemimpin negara dan mereka ada pilihan pasukan tersendiri.

"Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menamakan pasukan pilihannya kerana bagi beliau Sepanyol dan Belanda sama hebat.
''Dua-dua pasukan sama hebat malah dari segi kemampuan kedua-duanya boleh dikatakan hampir sama.
''Saya tidak kisah pasukan mana yang menang asalkan saya seronok melihat pasukan terbaik menang," katanya yang pernah meminati pasukan Brazil dan England ketika belajar dulu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memilih Sepanyol untuk muncul juara berdasarkan kemampuannya menewaskan Jerman 1-0 pada saingan separuh akhir.
"Saya pilih Sepanyol kerana pasukan itu berjaya menewaskan pasukan pilihan saya iaitu Jerman," katanya.
Antara yang memilih Sepanyol ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula memilih Belanda untuk menjadi juara."
-mingguan Malaysia-11jul

Tapi tak kurang jg yg lebih memberi tumpuan pd pertarungan antara Datuk Lee Chong wei dan Wong Choon Han pada perlawanan akhir badminton Grand Prix Emas Terbuka Malaysia ptg tadi.Mmg sengit. Ia menyaksikan datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraannya.
Semoga corak semangat sukan tanahair akan terus berwarna-warni dan bersinar sehingga ke ringkat antarabangsa.:)

No comments:

Post a Comment